20 Mei 2015

Salah seorang tukang pancung

Riyadh: Kerajaan Arab Saudi mempelawa penduduk negara itu yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai tukang pancung pesalah yang dihukum mati.

Iklan yang dikeluarkan baru-baru ini itu mempelawa sesiapa yang layak memohon mengisi lapan kekosongan untuk jawatan berkenaan.

Mereka yang berminat juga tidak memerlukan sebarang kelayakan dan kemahiran tertentu untuk memohon.

Jawatan itu diklasifikasikan sebagai pegawai agama dan berada di tangga gaji paling rendah untuk penjawat awam.

Selain memancung kepala, mereka yang menjawat jawatan itu juga perlu melaksanakan hukuman lain termasuk memotong tangan pesalah yang didapati mencuri.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!