19 Mei 2015


Ratu Rock negara, Ella masih lagi berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri dan belum terfikir untuk mengambil anak angkat.

Dia akui pernah menjalani rawatan kesuburan namun masih berserah kepada rezeki untuk menimang cahaya mata.

“Bagilah Ella cuba dulu, mana tahu ade rezeki, walaupun usia yang agak meningkat tapi tak salah kalau kita mencuba, rezeki ini susah kita nak cakapkan,” ujar Ella kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, Ella juga mengamalkan gaya hidup sihat seperti permakanan sunnah yang diajar oleh ibunya dari turun temurun.

“Ella amalkan pemakanan sihat itu seperti campuran buah-buahan yang berkhasiat, kalau Ella tak sempat nak makan satu persatu, Ella kisarkan sahaja kesemua buahan itu.

“Inshaa-Allah cara pemakanan saya ini akan dikomersialkan dan dikongsi kepada semua orang, idea ini adalah cadangan suami saya, mudah-mudahan rahsia awet muda  Ella memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Ella juga bakal terbang ke luar negara iaitu London untuk membuat persembahan serta rakaman video klip muzik terbaru yang berjudul ‘Istimewah’.

Dalam perkembangan lain, Ella bakal muncul dengan album barunya yang kini masih 40 peratus dalam pembikinan dan dijangka bakal keluar selepas Aidilfitri ini.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!