14 Mei 2015

Baru-baru ini terdapat laporan mengenai kebanjiran 5,000 hingga 6,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Bangladesh dan Myanmar yang terkandas di Selat Melaka dan perairan antarabangsa.

Kebanyakan mereka tiada arah tujuan berikutan kawalan ketat pihak berkuasa Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Isnin lalu, lebih 1,000 PATI warga Myanmar dan Bangladesh bertindak terjun ke dalam laut selepas dua bot pukat ikan bilis yang dinaiki mereka tersangkut di beting berhampiran Pantai Pasir berdengung, dekat Langkawi.

Di Indonesia pula, pihak berkuasa tempatan di Aceh menahan 600 PATI yang cuba memasuki negara itu.

Media turut melaporkan kebimbangan penduduk tempatan, khususnya di Langkawi, yang risau tentang keselamatan mereka dengan ketibaan PATI ini.

Namun dalam kalangan mereka ini wujud kumpulan etnik Rohingya di mana masyarakat ini dilihat sanggup bersabung nyawa meredah lautan dan meninggalkan tanah air mereka untuk mencari perlindungan serta kehidupan yang lebih baik.

Siapakah mereka?

Dengan pelbagai laporan di media cetak dan elektronik tentang kemasukan PATI ini, kita harus tahu siapa mereka dan apa yang menyebabkan mereka datang ke Malaysia.

“Kita harus jelas di sini bahawa etnik Rohingya bukanlah pendatang asing yang seperti diklasifikasikan di sini. Mereka dalam golongan pelarian,” jelas Presiden Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia Zafar Ahmad Abdul Ghani ketika ditemui di Astro AWANI malam Rabu.

Kata Zafar, Rohingya merupakan sebuah kumpulan etnik yang majoritinya beragama Islam. Mereka tinggal di negeri Rakhine – sebelum ini dikenali sebagai Arakan – yang terletak di barat Burma.

“Rakhine merupakan tanah kami. Itu memang negeri kami. Namun pada 1978 junta tentera Myanmar cuba menghalau kami dari tanah kami. Ini menyebabkan ramai yang lari ke Bangladesh.

“Ini dikenali sebagai Operasi Nagamin tentera Myanmar, dimana kezaliman dibuat dan terdapat pencabulan hak-hak asasi kemanusiaan,” katanya.

Tambahnya, Akta Kewarganegaraan 1982 yang digubal tidak mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu etnik Myanmar dan menfapat hak kewarganegaraan. Ini menyebabkan mereka dilucutkan dari sosio-ekonomi dan politik negara.

"Sekarang ini Myanmar mengiktiraf 135 golongan etnik dan etnik Rohingya tidak tersenarai,".

Kongsi Zafar, tanah di Rakhine kaya dengan pertanian, minyak, gas dan sebagainya dan ini merupakan salah satu usaha untuk pihak tentera untuk mengambil tanah mereka.

“Pada 1988, terdapat sebuah lagi operasi di mana kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas harus menjadi buruh paksa. Terdapat kezaliman lain seperti penangkapan, pembunuhan dan juga rogol.

“Kita tidak dapat memiliki apa-apa. Pisau untuk potong sayur pun tidak ada. Kalau kita ada pisau, mereka akan tahan satu keluarga dan bawa mereka keluar dari kampung itu. Kami juga tinggal di kem, kami tidak mempunyai rumah,” katanya.

Mahu lari ke mana?

Oleh kerana kezaliman dan juga proses pembersihan etnik di Myanmar, ramai etnik Rohingya terpaksa meninggalkan tanah mereka.

"Sekarang terdapat 2 juta etnik Rohingya di Rakhine dan 2.5 juta di luar Rakhine.

“Macam mana kami mahu hidup di negeri sendiri, kalau pihak kerajaan mahu membunuh kami? Kami sudah tiada hak, baik kita lari sahaja,” kata Zafar.

Selain warga Bangladesh, etnik Rohingya turut mencari perlindungan di negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia dan Malaysia. Kepada mereka yang lebih bertuah, mereka mendapat suaka di negara ketiga seperti Amerika Syarikat.

“Kami bukan lari ke Malaysia sahaja. Kami berada di mana-mana... ada di sini, ada di Indonesia, Thailand, Bangladesh, Dubai, Amerika Syarikat... di mana sahaja kita boleh mendapatkan perlindungan,” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!