25 Mei 2015


PELAKON Keith Foo didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang polis trafik minggu lepas.

Majistret Nur Aminahtul Mardiah Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu ke atas pelakon popular itu dan memerintahkan dia dipenjara 10 hari jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Keith Foo didakwa mengeluarkan perkataan bagi tujuan mengaibkan dan menghina 'kau ingat kau polis kau besar sangat ke bodoh' kepada seorang anggota polis trafik.

Pendakwaan terhadap pelakon utama drama bersiri Ariana Rose itu dikemukakan mengikut Selayen 14 Akta Kesalahan Kecil yang membawa hukuman denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!