26 Mei 2015


Bergelar bintang bola sepak terkenal seperti Cristiano Ronaldo, anda tak perlu menunggu lama untuk mendapatkan pengganti.

Khabar terbaru adalah bintang Real Madrid itu kini sedang berpacaran dengan model dan aktres terkenal di Itali, Alessia Tedeschi. Rahsia mereka terbongkar apabila Alessia terbang ke Sepanyol semata-mata untuk menyaksikan perlawanan antara Real Madrid dan Juventus.

Cristiano dan Alessia dilaporkan berkenalan selepas bekerjasama untuk iklan Armani Exchange.

Biarpun kedua-duanya belum mengesahkan hubungan mereka, namun sumber terdekat memberitahu mereka menghabiskan banyak masa bersama di Madrid.

Semalam, kelibat Alessia turut dilihat di Monaco, di mana Ronaldo mengadakan sesi fotografi bersama model Cara Delevigne.

Hubungan Ronaldo dan model Russia, Irina Shayk yang berlangsung selama lima tahun, berakhir Januari lalu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!