15 Mei 2015


KOTA BHARU – Jika ceramah berkaitan penolakan hudud oleh Lim Kit Siang di Padang Perdana di sini Ahad lalu mendapat kecaman banyak pihak, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad pula bertindak sebaliknya apabila memuji Penasihat DAP itu.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam memberitahu, beliau telah mendengar dan meneliti isi kandungan ceramah tersebut dan mengakui Kit Siang memang menyentuh soal pelaksanaan hudud di negara ini.

Bagaimanapun katanya, pe­ne­rangan Kit Siang termasuk penga­laman beliau ke Asia Barat memperlihatkan para pemimpin DAP berusaha untuk memahami isu perundangan Islam lebih mendalam, selain menunjukkan nada penentangan terhadap hukum hudud yang mula mengendur.

“Kalau kita kaji isi kandungan ucapan itu, ia jauh lebih positif berbanding sikap ditunjukkan DAP pada asalnya sekitar 10 hingga 20 tahun lepas, yang mana ung­kapan langkah mayat aku dulu digunakan. Kit Siang mahu mene­rangkan pendirian sebenar DAP".

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Dialog Facebookers Bersama Khalid Samad anjuran Pas Kawasan Kota Bharu, di sini hari ini.

Yang turut hadir Yang Dipertua Pas Kawasan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Dalam ceramah Ahad lalu, Kit Siang memanfaatkan ruang untuk menyanggah pelaksanaan hudud di Kelantan serta mempersoalkan komitmen kerajaan negeri di hadapan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu serta kira-kira 1,000 penyokong Pas.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menempelak Kit Siang dan memberitahu beliau bukanlah individu yang layak untuk memperkatakan tentang undang-undang Islam, apatah lagi mengajar masyarakat perkara berkaitan hudud.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!