7 Mei 2015


Kemelut yang dihadapi oleh isteri Rashidi Ishak iaitu Vanidah Imran mengenai posisinya di Persatuan Seniman nyata tidak mengecewakan dirinya malah akan terus menyokong dari belakang.

Ia susulan cerita-cerita yang kurang enak, kononnya Vanidah selaku bendahari persatuan itu telah melarikan buku cek sehingga menyukarkan pengurusan kewangan dan urusan berkaitan.

“Bagi saya itu adalah tanggungjawab dia terhadap persatuan seniman, rasa kecewa memang tiada yang paling penting saya akan terus memberi nasihat jika perlu.

“Dari sudut yang lain, mungkin ada sebab Vanidah bertindak demikian dan saya sendiri tidak boleh mengulas lanjut mengenai isu ini kerana ia di luar bidang kuasa saya,” katanya kepada portal Murai.com.my.

Rashidi yang ditemui media di Majlis Pelancaran Peace Yall FM di ibu negara turut memberitahu, dia tidak dibenarkan memberikan apa-apa kenyataan dan komen mengenai Persatuan Seniman.

“Saya juga telah diberi amaran oleh presiden agar tidak mengeluarkan apa-apa komen, saya akur dengan arahan itu dan selebihnya biarlah Vanidah yang uruskan, itu sahaja komen saya,” ujar Rashidi sambil tersenyum.   
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!