26 Mei 2015


SELEBRITI Linda Jasmine mengakui ada ketikanya dia dan suami, Que Haidar menginginkan cahaya mata baharu selepas anak bongsunya, Tengku Cleopatra Haidar kini menginjak usia 3 tahun.

"Memang jika ikut emosi dan keinginan saya, nak sangat ada bayi lagi. Terutama Que yang mahu anak lelaki lagi sementelah Qalif Khan kini sudah berumur 15 tahun. Asal lihat bayi comel, mesti saya rasa mahu ada anak lagi.

"Tapi, bila fikir dengan mendalam, akhirnya kami membuat keputusan untuk tidak mahu menambah lagi zuriat.

"Antara sebabnya kerana saya dah berumur. Selain itu saya takut melalui saat ‘morning sickness’ yang teruk dan terpaksa melahirkan dengan cara pembedahan sebanyak tiga kali," katanya ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen lebaran oleh
Ridzuan Bohari, baru-baru ini.

Bekas tenaga pengajar program realiti Akademi Fantasia (AF) ini juga memberitahu, dia dan suami mahu fokus terlebih dahulu pada pembesaran anak-anaknya terutama dalam bidang pendidikan.

"Sekarang ini, semua kos dan yuran mahal, harga barang naik, itu semua perlu difikirkan apabila mahu menambah anak.

"Tapi, saya akui perasan kami ada ketikanya mahu dan ada kalanya tidak, sekiranya terjadi, Alhamdulillah rezeki, saya suka. Berkongsi perkembangan dirinya kini, pemilik nama sebenar Linda Jasmine Hashim ini memberitahu, tugasnya lebih banyak dalam menguruskan aktiviti harian anak-anaknya dan rumah tangga.

"Disebabkan yang kecil baru masuk usia tiga tahun dan anak kedua kini masuk enam tahun, membuatkan saya sibuk dengan aktiviti mereka.

"Pada masa sama, kerja tarian saya masih lagi berjalan seperti biasa walaupun tidak lagi menjadi pengajar di AF sebelum ini," katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!