Malaysia gah mara ke saingan suku akhir kejohanan badminton Piala Sudirman 2015 selepas menewaskan India 3-2 pada perlawanan terakhir Kumpulan D di Dongguan, China, malam ini. Mata kemenangan skuad negara disahkan oleh beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying selepas menewaskan pasangan India, Sikki Reddy-Arun Vishnu 21-14, 21-18 dalam tempoh 40 minit.
Keputusan ini menyaksikan skuad negara muncul juara kumpulan D selepas menang tiga 3-2 ke atas Korea Selatan, semalam. Mata lain skuad negara, malam ini dihasilkan menerusi beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang menewaskan pasangan India, Manu Attri India-Sumeeth Reddy 21-15, 21-16 dan Datuk Lee Chong Wei yang mengatasi Srikanth Kidambi 21-16, 21-15 dalam acara perseorangan lelaki. Jing Yi hampa Tee Jing Yi yang diharapkan membuat kejutan mengutip mata pertama pasukan negara gagal apabila mendapati Saina Nehwal liat sebelum tewas 24-22, 21-13.
Turut gagal menyumbang mata adalah beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei yang tewas kepada Jwala Gutta-Ashwini Ponnappa 18-21, 21-19, 15-21. Vivian-Khe Wei yang tewas pada set pertama, bangkit pada kedudukan 13-13 di set kedua untuk memungut mata demi mata sebelum menang 21-19 pada set kedua.
Beregu emas Sukan Komanwel 2014 yang mendahului set ketiga pada kedudukan 10-7, bagaimanapun gagal mengekalkan rentak konsisten sekali gus membolehkan pasangan India mengutip mata demi mata untuk melengkapkan kemenangan 21-15.
Hasil kemenangan itu, skuad negara bakal berdepan cabaran naib juara Kumpulan B yang akan ditentukan antara Jepun atau Taiwan pada perlawanan terakhir kumpulan itu, esok. Keputusan lain menyaksikan Jerman membuat kejutan menewaskan Thailand 3-2, Taiwan mengatasi Russia 4-1 dan Indonesia menumpaskan England 3-2.
KEPUTUSAN
Malaysia.......3 India....2
Goh V Shem-Tan Wee Kiong mn Manu Attri-Sumeeth Reddy 21-15, 21-16
Saina Nehwal mn Tee Jing Yi 24-22, 21-13
Lee Chong Wei mn Srikanth Kidambi 21-16, 21-15
Jwala Gutta-Ashwini Ponnappa mn Vivian Kah Mun Hoo-Woon Khe Wei 21-18, 19-21, 21-15
Chan Peng Soon- Goh Liu Ying mn N Sikki Reddy -Arun Vishnu 21-14, 21-18
Keputusan lain Kumpulan A
Level 1
Jerman mn Thailand (3-2)
Level 2
Singapura mn Kanada (3-2)
Level 3
R Czech mn Austria (4-1) Turki mn Afrika Selatan (3-2)
Level 4
Iceland mn Nigeria (3-2)
Kumpulan B
Level 1
Taiwan mn Russia (4-1)
Level 3
Vietnam mn Switzerland (4-1) Australia mn Itali (4-1)
Kumpulan C
Level 1
Indonesia mn England (3-2)