15 Mei 2015


MALAYSIA tersingkir daripada Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2015 apabila tewas 1-3 kepada Korea Selatan pada pusingan suku akhir di Dongguan, China semalam.

Walaupun tampil gagah menewaskan pasukan yang sama 3-2 pada aksi peringkat Kumpulan D, Ahad lalu namun prestasi skuad negara pada aksi semalam sangat mengecewakan.

Pemain yang diharapkan untuk meraih kemenangan gagal mengulangi kecemerlangan kecuali Datuk Lee Chong Wei selaku penyumbang mata sulung buat pasukan negara pada perlawanan semalam.

Petanda kekalahan Malaysia sudah mula kelihatan apabila beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tewas 18-21, 16-21 kepada beregu Korea Selatan, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong walaupun pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini, pasangan negara meraih kemenangan ke atas lawan mereka itu.

Begitupun, skuad negara berjaya merealisasikan sasaran melangkah ke suku akhir pada kejohanan kali ini setelah tersingkir seawal peringkat kumpulan pada edisi 2013.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!