20 Mei 2015


Pelawak dan penyampai radio Ultra FM Mamat Sepah, maju selangkah ke hadapan yang kini sudah bergelar Pengarah Syarikat Pengurusan Acara  iaitu Idearts Creativo.

Umum mengetahuinya yang dirinya hanya aktif sebagai penyampai radio, dengan langkah beraninya menubuhkan sebuah syarikat wajar dicontohi oleh anak muda yang lain.

“Syarikat pengurusan saya ini dah lama saya tubuhkan, pada permulaan saya hanya uruskan pengurusan majlis korporat dan hiburan yang berskala kecil sahaja.

“Idearts Creativo dibangunkan hasil daripada pendapatan dan simpanan saya sebagai seorang artis, dan tidak ditaja oleh mana-mana pihak malah keluarga saya juga turut membantu menjayakan syarikat ini,” katanya kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, Mamat yang ditemui media baru-baru ini telah mengumumkan bahawa syarikatnya bakal menganjurkan sebuah konsert rock iaitu Konsert Lagenda Jelajah Rock di seluruh negara.

Antara penyanyi rock otai yang terlibat ialah Ella, Awie, Dato’ Ramli Sarip, Awie serta Mus May yang diketuai oleh Man Kidal sepanjang konsert itu berlangsung.

“Ini merupakan acara hiburan pertama secara besar-besaran yang pernah saya  anjurkan, saya memilih Konsert Rock kerana saya yakin ia mampu menarik minat ramai penonton.

“Dari segi harga tiket, saya menjualnya dengan harga yang amat berpatutan iaitu serendah RM55, jadi kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai konsert ini, boleh layari laman web di ticket2u.biz,” ujarnya sambil tersenyum.

Konsert Lagenda Jelajah Rock selama 3 jam itu akan di mulakan di Stadium Tertutup Kenyalang, Sarawak (31 Mei), Stadium Miri, Sarawak (6 Jun), Stadium Tertutup MPPG Pasir Gudang (30 Ogos), Stadium Tertutup SUKPA Kuantan (13 Sept), Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar (10 Okt) dan berakahir di Stadium Tertutup Melawati Shah Alam (17 Okt)


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!