14 Mei 2015


BRITAIN . Majlis Wanita Islam (MWC) berhasrat menubuhkan sebuah masjid wanita pertama di Britain yang diurus sepenuhnya dan digunakan khusus untuk golongan wanita.

Menurut laporan The Guardian, MWC mahu membincangkan pelbagai pilihan untuk masjid wanita dengan ulama Islam tempatan dan antarabangsa. 

Difahamkan, rancangan awal termasuk menyediakan kemudahan dikhaskan bagi wanita Islam untuk memenuhi kepercayaan agama mereka termasuk perkhidmatan perceraian, perkabungan, nasihat undang-undang, pendidikan keibubapaan dan memberi makan kepada gelandangan.

Selain itu, organisasi ini juga ingin menggalakkan pendidikan kepada wanita Islam Britain dalam usaha menangani isu sosial seperti kurang perpaduan. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!