27 Mei 2015


Aguas Buenas: Mayat seorang pemandu diberi penghormatan terakhir dengan didudukkan di dalam teksi yang digunakannya untuk mencari rezeki selama 15 tahun lalu.

Mayat Victor Perez Cardona didudukkan di dalam teksinya dalam satu majlis sebelum dia dikebumikan di di bandar di Puerto Rico ini, kelmarin.

Cardona mati pada usia 73 tahun akibat barah, minggu lalu.

Menurut anaknya Generosa Perez, dia mengotakan impian bapanya untuk didudukkan dalam teksi kesayangannya apabila mati.

Beratus-ratus penduduk menghadiri majlis berkenaan untuk menyaksikan Cardona di dalam teksinya untuk kali terakhir.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!