20 Mei 2015


Pelakon dan penyanyi Betty Banafe berkongsi khabar gembira, dia kini hamil anak kedua hasil perkongsian hidup dengan Bruce Darghous. Biarpun pada awalnya cuba merahsiakan perkhabaran gembira itu namun akhirnya Betty mengakui dia mengandung. 

Cuma dia tidak mahu memperbesarkan perkara itu kerana usia kandungannya masih berada di peringkat awal. "Memang kalau boleh saya enggan berkongsi lagi berita gembira ini kerana usia kandungan saya masih berada di peringkat awal, ..saya tak mahu perkara buruk berlaku. "Namun apabila sudah diajukan soalan ini, saya (terpaksa) buka mulut berkongsi khabar gembira ini. 

Cuma setakat ini saya belum sedia untuk bercerita lebih lanjut mengenai kandungan saya ini. "Apa yang boleh saya katakan setakat ini, kehamilan kami ini begitu berbeza jika dibandingkan ketika saya mengandung Julia dulu," kata Betty kepada BH PLUS. Tambah Betty Benafe lagi, dia tidak kisah mengenai jantina anak pertama mereka ini kerana terlalu teruja selain mengatakan berharap mempunyai sepasang lelaki dan perempuan kelak. 

Bercerita mengenai Julia, wanita cantik kacukan Arab itu turut mengulas dakwaan mengatakan dia sering mengusung anaknya itu ke banyak majlis dan dianggap seperti ingin 'menjual' anak. Mengikut Betty, dia tidak 'over exposed' anaknya, sebaliknya menyifatkannya sebagai fitrah seorang ibu yang menyusukan anak untuk dilihat sering membawa anak bersama-sama. 

Malah Julia yang kini berusia setahun lima bulan baru saja berhenti menyusu badan. Menjadi kebiasaan untuk seorang ibu yang mempunyai anak perempuan sulung terutamanya untuk mempunyai perasaan teruja dan tidak dapat berenggang dengan anak. 

"Rasanya isu sebegini tidak perlu timbul kerana saya bukannya terlalu memberi publisiti pada anak saya sebaliknya kerana saya tidak dapat berjauhan dengannya untuk tempoh masa terlalu lama," kata Betty sambil mengukir senyuman. Dalam perkembangan terbaru, Betty baru saja melancarkan koleksi pakaian kanak-kanak yang diberi nama Julia Betty. 

Dia mendapat inspirasi untuk tampil dengan keluaran itu kerana suka menggayakan Julia dengan pakaian menarik untuk kanak-kanak seusianya. "Idea ini terhasil sebelum saya melahirkan Julia lagi namun saya semakin teruja untuk menggayakan pelbagai pakaian untuk anak perempuan saya itu. 

"Walaupun koleksi kanak-kanak keluaran saya dikatakan agak mahal namun saya begitu mementingkan bahan yang digunakan bagi memastikan keselesaan mereka nanti," kata Betty mengakhiri perbualan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!