14 Mei 2015


SEOUL: Agensi perisikan Korea Selatan mempunyai bukti Presiden Korea Utara, Kim Jong Un, membunuh Menteri Pertahanan negara itu, Hyon Yong Chol, menggunakan mesingan anti pesawat kerana menteri berkenaan membantahnya serta tidur ketika mesyuarat dipengerusikan Kim.

Hari ini, Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS) Korea Selatan memberitahu jawatankuasa Parlimen bahawa menteri itu dibunuh di depan ratusan orang di lapang sasar Akademi Tentera Kang On di Pyongyang, hujung bulan lalu.

Menurut Ahli Parlimen Shin Kyoung-min yang menghadiri taklimat itu, walaupun maklumat itu masih pada peringkat awal perisikan namun NIS yakin dengan kebenarannya berdasarkan maklumat daripada beberapa sumber.

Kim Jong Un dilaporkan menyebabkan beberapa kematian sejak mengambil alih kuasa daripada mendiang bapanya pada hujung 2011, antaranya bapa sauadarnya serta bekas kekasihnya. Reuters melaporkan menurut NIS, pembunuhan lain termasuk 15 pegawai kerajaan tahun ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!