6 Mei 2015


Huddersfield: Satu cuping telinga dengan subang intan di temui di jalan raya di sini berikutan satu pergaduhan antara dua kumpulan yang berparti di bandar ini, kelmarin.
Polis yang menyiasat pergaduhan itu menemui cuping berkenaan tetapi hairan kerana masih belum ada orang yang membuat sebarang laporan mengenai kehilangannya.
Penyiasat kini berusaha menjejaki pemiliknya yang dipercayai melarikan diri dari tempat kejadian walaupun cedera parah dan kehilangan banyak darah.
Telinga itu dipercayai putus digigit dalam pergaduhan itu.
Kumpulan yang bergaduh itu bertempiaran lari meninggalkan tempat kejadian di King Street sebaik polis tiba tetapi lelaki yang kehilangan cuping telinga terbabit hingga semalam masih tidak membuat sebarang laporan atau mendapatkan rawatan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!