11 Mei 2015


NEW ZEALAND. Seorang wanita yang sesat di dalam hutan dalam satu acara sukan terpaksa minum susu badannya untuk hidup.

Menurut laporan BBC, Susan O'Brien, 29, mengambil jalan yang salah ketika acara rentas hutan dalam perlumbaan Xterra yang bertempat di dalam hutan Rimutaka.

Pihak berkuasa melancarkan operasi mencari dan menyelamat selepas O' Brien gagal memunculkan diri pada pagi Ahad lepas.

O' Brien yang mempunyai dua orang anak berjaya ditemui dan dibawa keluar menggunakan helikopter pada jam 11.30 pagi waktu tempatan, hari ini.

"Saya ingat saya akan mati.

"Saya dalam tempoh menyusukan anak saya jadi saya fikir, ia (meminum susu badan) akan membantu saya terus hidup," jelas O' Brien kepada wartawan.

Beliau yang juga seorang jurulatih kecergasan memberitahu, keadaan sejuk pada waktu malam memaksanya mengorek sebuah lubang dan tidur di dalamnya.

"Saya selimutkan diri saya dengan tanah dan bila saya dengar sesuatu, saya menjerit meminta tolong," akhiri beliau.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!