6 Mei 2015


KUALA LUMPUR – Model separuh bogel, Persana Avril Sollunda, 32, tidak perlu lagi meringkuk di Penjara Wanita Kajang sementara menunggu kes perbicaraannya disebut semula 29 Mei ini selepas dia diikat jamin RM7,000 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.

Persana Avril, 32, atau nama pentasnya, Shana Avril, 32, yang hadir ke mahkamah dengan memakai jaket labuh warna hitam, skirt pendek putih dan kasut but hitam dibebaskan selepas dijamin oleh adik lelakinya.

Dia sebelum ini ditahan di penjara selama lapan hari selepas tiada saudara-mara dan rakan yang hadir untuk menjaminnya semasa sebutan pertama kes tersebut pada 28 April lalu.

Semalam, mahkamah sekali lagi membacakan pertuduhan terhadap Shana Avril iaitu melakukan perbuatan lucah di tempat awam di Jalan Petaling, Dang Wangi dekat sini pada 23 April lalu.

Namun begitu, wanita itu mengekalkan pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan itu dijelaskan oleh peguamnya, Muhammad Nor Izzat Nordin.

Dia didakwa melakukan ke­salahan mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-dua­nya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, N. Joy Jothi menawarkan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin atas alasan kemungkinan tertuduh akan meninggalkan Semenanjung Malaysia tetapi Nor Izzat memohon mahkamah menurunkan nilai jaminan itu kepada RM1,000 kerana kesalahan yang dilakukan anak guamnya adalah kecil.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!