12 Mei 2015


Pemain pertahanan JDT, Aidil Zafuan Abdul Razak, 28, mengaku tidak mampu membayar tuntutan mutaah sebanyak RM300,000 yang dikemukakan oleh bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar, 39, dalam prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Aidil Zafuan selaku defendan mendakwa dirinya mempunyai banyak tanggungan lain selepas mendirikan rumah tangga dengan Zarema Zainal pada 14 Mac 2014 dan kini mempunyai seorang cahaya mata berusia tiga bulan.

Katanya, dia juga masih menanggung nafkah dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4, hasil perkahwinan bersama Rita Rudaini serta hutang peribadi.

“Saya juga menanggung ibu bapa selain hutang peribadi seperti kenderaan untuk kegunaan saya ketika bekerja. Selain itu, saya juga menanggung bil elektrik dan air serta makan minum dan keperluan sendiri,” katanya ketika prosiding perbicaraan di sini semalam.

Pada prosiding itu, Rita Rudaini hadir bersama peguamnya, Datuk Zaidi Mohd. Zain, manakala Aidil Zafuan diwakili peguam Rushdan Sujak Rafie.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!