13 Mei 2015


Jitra: Impian seorang nenek untuk berkahwin dengan teman lelaki warga Pakistan berkecai apabila mereka bukan sahaja kerugian wang tunai hampir RM3,000 akibat ditipu ejen yang mendakwa mahu menguruskan pernikahan mereka, tetapi turut dicekup berkhalwat di sebuah rumah inap desa di Bukit Kayu Hitam, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 12.45 tengah hari, wanita berusia 56 tahun dan pasangannya berusia 44 tahun dikatakan baru tiba di Changlun pada sebelah pagi dari Johor bersama anak perempuan bongsunya berusia 19 tahun serta kenalan lelaki itu yang juga rakan senegaranya semata-mata untuk bernikah di sempadan negara ini.

Difahamkan, keempat-empat mereka menaiki bas ekspres bersama wanita berusia 40-an dipercayai ejen terbabit menguruskan pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung di rumah inap desa itu.

Bagaimanapun, ketika menunggu kehadiran jurunikah dari Thailand, rumah inap desa itu diserbu sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) selepas menerima laporan berhubung kegiatan maksiat.

Wanita berkenaan yang mempunyai dua anak dan dua cucu itu mendakwa mengenali pasangannya disebabkan tinggal berjiran di Johor dan menjalin hubungan cinta tiga tahun lalu sebelum merancang untuk berkahwin selepas kematian suaminya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!