6 Mei 2015


Dua lelaki Nevada memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Manny Pacquiao pada Selasa, menuntut jutaan dolar sebagai ganti rugi kerana mereka mengatakan Pacquiao menipu dengan menyembunyikan kecederaan bahu sebelum kekalahannya kepada Floyd Mayweather.

Berita ini merupakan antara perkembangan terkini setelah Mayweather menang di Las Vegas pada hari Sabtu, dengan Pacquiao berkata cedera di bahagian bahu menjejaskan prestasinya dalam pertarungan kejuaraan welterweight. 

Plaintif berhujah bahawa dengan kegagalan untuk memberitahu orang awan tentang kecederaan sebelum pertarungan, ikon Filipina dan kem beliau melanggar sebuah akta perdagangan di Nevada.

Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Las Vegas menamakan Pacquiao, pengurus beliau Michael Koncz, syarikat promosi Top Rank dan pengerusi Top Rank Bob Arum dan presiden Todd duBoef sebagai defendan. 

Menurut dokumen mahkamah yang boleh didapati dalam talian, tuntutan mahkamah yang mendakwa bahawa apabila plaintif Stephane Vanel dan Kami Rahbaran - yang membeli tiket termasuk wang pertaruhan – pihak defendan "tahu dan mempunyai pengetahuan dan maklumat lengkap bahawa defendan Pacquiao telah cedera parah."

“Pihak defendan juga tahu bahawa cedera di bahagian bahu akan menjejaskan prestasi beliau.

“Tiada siapa dari pihak defendan memberitahu orang awam tentang kecederaan itu,” kata tuntunan mahkamah itu.

Pertarungan tinju abad ini antara Mayweather dan Pacquiao berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Mayweather dengan keputusan sebulat suara.

Pertarungan itu sekali gus mengangkat juara tinju Amerika Syarikat itu sebagai peninju yang berjaya mengekalkan rekod kejuaraan tanpa kalah dalam arena tinju.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!