6 Mei 2015


Tanpa disangka, penyerang Selangor dari Brazil, Guiherme De Paula, menjadi pemain import terakhir dipilih oleh Dollah Salleh untuk memperkuatkan cabaran Pilihan Malaysia bagi berdepan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham, 27 Mei ini.

Pemain berusia 28 tahun itu akan menyertai rakan sepasukannya, Ro­bert Cornthwaite untuk melengkapkan kuota lima pemain import bersama penyerang PDRM, Ali Ashfaq, Paulo Rangel (Terengganu) dan Nam Kung Woong(Perak).

Mempunyai sebab tersendiri mengambil De Paula, Dollah berkata, pemain itu ada mempunyai kualiti dalam merencanakan serangan.

Malah dia pengendali Harimau Malaya itu optimis mampu menggunakan kepantasan yang dimiliki pemain berketinggian 1.85 meter berkenaan bagi mengkucar-kacirkan pertahanan Spurs yang diketuai Jan Vertonghen.

Dollah bagaimanapun berkata, peluang buat pemain lain masih terbuka memandangkan semuanya bergantung kepada ke­sediaan dan pelepasan pasukan atau kelab pemain terbabit pada tarikh perlawanan.

“Senarai lima pemain ini sudah ada dalam kepala saya dan proses terakhir sekarang ialah meminta kebenaran daripada pasukan negeri dan kelab ma­sing-masing sebelum saya memuktamadkan nama mereka ke dalam skuad.

“Pemain utama yang sudah pasti berada dalam perancangan ialah Ashfaq, diikuti Paulo Rangel, kemudian dua pemain Selangor, Guiherme dan Robert serta pemain import Perak, Nam Kung.

“Saya berminat mahu menggunakan De Paula kerana saya nampak dia ada kelebihan tersendiri yang tiada pada pemain import lain.

“Walaupun saya tidak nafikan kekurangannya dalam melakukan sentuhan penyudah, namun saya akan cuba guna apa yang dia ada untuk kelebihan pasukan,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, semalam.

Dollah turut mendedahkan terdapat beberapa pemain lain yang berada dalam perhatiannya seperti pertahanan Terengganu, Vincent Bikana, pemain tengah PDRM, Mohamadou Sumareh dan penyerang Kelantan, Gilmar Filho.

“Jika lima pemain yang saya mahukan tadi gagal, kemungkinan nama-nama lain seperti Bikana, Sumareh atau Gilmar bakal menjadi calon pengganti dengan tarikh permulaan sesi latihan belum saya putuskan, ” katanya.

Mengenai aksi persahabatan, Dollah mendedahkan hasrat untuk menguji Filipina pada 30 Mei tidak kesampaian ekoran kesuntukan masa untuk mengumpul pemain JDT dan Pahang yang baru pulang dari misi pusingan kedua Piala AFC.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!