6 Mei 2015


KAJANG -  Tindakan seorang  lelaki memanjat  pokok  bagi mengelak ditangkap selepas mencabul seorang pelajar wanita di tandas asrama sebuah institut pengajian tinggi , di sini, membawa padah apabila dahan pokok  itu patah dan dia terjatuh ke bawah.

Difahamkan dalam kejadian 6.45 pagi itu, suspek berusia lingkungan 20-an itu  patah tangan kanan selepas enggan turun dan bertenggek di dahan pokok berkenaan sebelum terjatuh .

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek sebelum itu bertindak mencabul dan cuba merogol mangsa  yang sedang mandi di tandas berkenaan.

"Mangsa menjerit selepas suspek dalam keadaan bogel menerkam dan cuba merogolnya. Bimbang  jeritan mangsa didengari rakan-rakannya, lelaki itu berlari keluar dan  memanjat pokok berkenaan.

“Awalnya, walaupun didesak oleh pengawal keselamatan di situ untuk turun dari pokok, suspek enggan  dan nekad berada di atas pokok selama kira-kira 15 minit, namun malangnya dia terjatuh apabila dahan tempatnya bertenggek telah patah," katanya.

Rashid berkata, suspek mempunyai dua rekod lampau bersabit kes cabul dan dadah.

“Lelaki itu sedang menjalani rawatan di Hospital Kajang dan berada di bawah jagaan polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!