20 Mei 2015


“Pemain mereka (Terengganu) punca rusuhan dan bukannya pengadil,” demikian pandangan bekas pemain kebangsaan Khalid Ali (gambar kecil) susulan insiden rusuhan penyokong skud Penyu sebaik tamat aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Sabtu lalu.

Dalam insiden itu, penyokong tuan rumah bertindak ganas membakar stadium, ambulans serta memecahkan kaca pintu utama stadium susulan tidak puas hati dengan keputusan pengadil membatalkan jaringan Terengganu sekali gus gagal layak ke pentas final Sabtu ini.

Namun Khalid yang juga pengkritik bola sepak tempatan berkata, sikap dan tindak tanduk pemain ketika di padang boleh mendorong penyokong untuk bertindak ganas, lebih-lebih lagi apabila pemain mempertikaikan keputusan pengadil yang kemudian membawa impak negatif dalam kalangan penyokong.

Justeru, Khalid menyarankan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) agar mengambil tindakan tegas ke atas pemain Terengganu yang didakwanya penyebab rusuhan berkenaan.

“Pemain di tengah padang umpama pelakon yang sedang memainkan watak masing-masing dengan setiap pergerakan mereka diperhatikan penonton.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!