5 Mei 2015


THAILAND. Seorang mak nyah didakwa memukul seorang pelancong dari Ireland selepas menolak pelawaannya untuk melakukan hubungan seksual.

Menurut laporan yang dipetik Metro.uk, kejadian tersebut berlaku ketika Michael Merry, 55, sedang berjalan di sekitar kawasan pelancongan di Pattaya.

Michael disapa oleh mak nyah tersebut dan kemudian memujuknya untuk berseronok bersamanya.

Namun apabila Michael menolak permintaannya itu, mak nyah tersebut terus memeluk dan mencabulnya.


Tindakan mak nyah itu menyebabkan Michael bertindak menolak mak nyah itu sehingga terjatuh ke tanah.

Menurut jurucakap polis, kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Michael, mak nyah tersebut mengambil kasut tumit tingginya dan terus memukul Michael di kepala.

Serangan itu menyebabkan Michael mengalami pendarahan di kepala.

Mak nyah yang dikenali sebagai Wichai Sripalang, 24 masih berada di tempat kejadian ketika polis tiba dan akan didenda atas kesalahannya itu.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!