8 Mei 2015


Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh hari ini disifatkan paling ganas apabila berlaku beberapa insiden pergaduhan melibatkan penyokong parti-parti bertanding.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, tindakan penyokong yang terlalu agresif menyebabkan berlaku perbalahan sehingga mendatangkan kecederaan.

Menurutnya, situasi itu amat berbeza dengan apa yang berlaku di Rompin, kelmarin yang berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden tidak diingini.

"PRK Parlimen Permatang Pauh ini boleh disifatkan ganas kerana berlaku beberapa perbalahan sehingga mendatangkan kecederaan dalam kalangan penyokong.

"Malah saya dimaklumkan terdapat juga kecederaan dialami oleh pemberita dan anggota polis yang dipukul penyokong yang bertindak agresif," katanya ketika ditemui di pusat penjumlahan rasmi undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Berapit, di sini hari ini.

Antara insiden buruk yang berlaku adalah pergaduhan melibatkan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN), kenderaan polis dan SPR dirosakkan, penyokong dan wartawan dicederakan serta beberapa insiden lain.

Tambah Abdul Aziz, pihaknya akan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara berkaitan pelanggaran peraturan pilihan raya agar tindakan tegas dapat diambil.

Jelasnya, pihak polis juga telah membuka hampir 10 kertas siasatan berkaitan kesalahan ketika kempen serta pada hari pengundian hari ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!