27 Mei 2015


BERLIN: Seorang lelaki Jerman diheret di bawah trem elektrik lebih tiga kilometer serta melalui tujuh stesen ketika penumpang dalam gerabak terdengar jeritan kuat, tetapi tidak tahu dari arah mana suara itu.

Menurut polis, lelaki berusia 20 tahun itu hilang kedua-dua kaki dan lengan dalam tempoh 10 minit penderitaan itu dengan kesan darah itu kelihatan sepanjang laluan kereta api itu di bandaraya Dortmund. Menurut akhbar Bild, trem itu hanya berhenti selepas seorang penumpang bertindak menarik brek kecemasan kenderaan berkenaan. 

"Lelaki itu tak sedarkan diri apabila dia ditarik keluar dan dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal. "Beberapa penumpang berkata mereka terdengar jeritan lelaki itu yang meminta bantuan tapi mereka tidak pasti dari mana suara itu," menurut polis Dortmund dalam satu kenyataan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!