8 Mei 2015


Pelakon Lana Nodin mengumumkan dia dan bakal suaminya, David McKienzie telah mendapat tajaan berjumlah RM2 Juta untuk keseluruhan majlis perkahwinannya nanti.

Lana bagaimana pun akui terkejut kerana dalam masa lebih sebulan pengumuman perkahwinannya dibuat, dia kini boleh mendapat tajaan sebanyak itu.

"Saya sebenarnya terkejut dan tak sangka dalam masa lebih sebulan sahaja saya telah mendapat tajaan RM2 Juta untuk perkahwinan saya.

"Sejak pengumuman perkahwinan saya itu dibuat, ramai yang menelefon untuk menaja sehingga saya perlu menolak beberapa tajaan kerana ada yang terma dan syaratnya tidak dapat dipenuhi.

"Namun saya bersyukur kerana hampir 90 peratus persiapan perkahwinan saya mendapat tajaan dan selebihnya saya uruskan sendiri seperti malam berinai dan makan malam," katanya dalam sidang media khas sebentar tadi di Charisma Jewellery, Menara Hap Seng.

Antara penaja yang bakal menaja keseluruhan majlis perkahwinannya adalah Charisma Jewellery, Palace of Golden Horses, Atelia Amani, Jakel Textile, KL Weddinh Ministry, Persada Embun Wedding, Muasmo Wedding Stylist, YSA Events dan banyak lagi.

Dalam sidang media yang hanya dihadiri Lana itu, dia turut mengumumkan penukaran lokasi nikah asal iaitu dari Hotel Istana ke Palace of Golden Horses.

Lana bakal mengadakan Malam Berinai terlebih dahulu di West Garden, Palace of Golden Horses pada 14 Mei 2015 dan kemudian majlis nikahnya keesokkan harinya iaitu 15 Mei 2015 di lokasi yang sama iaitu di restoran Kim Ma kemudian pada hari yang sama juga pasangan ini bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi sebelah malam di Royal Ballroom hotel tersebut.

Lana menjelaskan penukaran itu dibuat selepas tiada kelapangan tarikh yang dia mahukan di Hotel Istana.

"Selain tarikh yang saya mahu itu tidak kosong di Istana Budaya, saya membuat keputusan untuk menukar lokasi kerana semua majlis saya dapat lakukan di tempat yang sama dan ini akan lebih memudahkan keluarga kedua-dua belah pihak nanti,"jelasnya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!