8 Mei 2015


Petaling Jaya: Kegagalan filem Romeo Kota mencatat kutipan memberangsangkan bukan alasan pelakon popular Aaron Aziz untuk tidak mengarah lagi.

Ini kerana, pelakon yang popular menerusi filem Ombak Rindu itu bakal mengarah filem keduanya berjudul Sayu Yang Syukur terbitan Nusa Bakti Corporation.

Romeo Kota yang juga filem pertama arahan Aaron hanya mencatat kutipan kira-kira RM350,000 selepas ditayangkan selama 21 hari Januari lalu.

"Saya tidak boleh jadikan kegagalan lalu untuk serik mengarah lagi. Sebagai orang yang agak lama berada dalam bidang filem, saya harus berani mencuba.

"Apabila orang memberi kepercayaan apa salahnya saya terima dan cuba. Apatah lagi genre kali ini berbeza dan saya berminat untuk mengarahkannya.

"Filem ini memaparkan kisah cinta tragis dan akan memulakan penggambaran pada 20 Mei ini,” katanya.

Filem Sayu Yang Syukur menampilkan barisan pelakon popular seperti Nora Danish, Arja Lee, Amyra Rosli dan Fauziah Latiff.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!