1 Mei 2015


Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menafikan isteri perdana menteri yang menyebabkan beliau digantung daripada beraksi.

Memetik laporan Malaysia Kini, Chong Wei mengeluarkan kenyataan berhubung ubatan herba yang dikatakan menyebabkannya gagal ujian doping.

“Ya, saya boleh sahkan bukan beliau,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Ching Wei tidak dapat mendedahkan pihak yang memberikan pil itu kepadanya.

Beliau mahu melupakan perkara itu dan lebih berusaha membanggakan negara dengan pencapaiannya.

Menurut laporan Reuters, isteri seorang ‘lelaki amat berpengaruh’ dilaporkan memberi ubatan herba kepada Chong Wei yang menjadi punca beliau digantung lapan bulan.

Berdasarkan laporan Persekutuan Badminton Dunia (BMF), bahan dinamakan Cordyseps daripada sebuah kedai di Kuala Lumpur itu turut mempunyai dexamethasone yang dilarang.

Terdapat spekulasi bahawa Rosmah Mansor merupakan isteri orang kenamaan yang dimaksudkan lantaran terkenal sebagai penyokong kuat Chong Wei.

Sementara itu, satu sumber memberitahu Malaysia Kini bahawa wanita yang memberikan pil itu adalah isteri kepada seorang bekas ahli politik terkenal BN. Namun wanita itu tidak mengetahui bahawa kandungannya boleh mengundang masalah kepada Ching Wei.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kelmarin berkata makanan semulajadi dan makanan tambahan herba itu diamal pengambilannya sejak 13 tahun kerana ia dipercayai bermanfaat untuk kesihatan.

Beliau berkata pakar pemakanan menasihatkan Chong Wei bahawa kapsul Cordyceps adalah selamat dan atas sebab itu ia perlu diuji selagi ia ‘cordyceps asli’.

Chong Wei digantung lapan bulan oleh BWF kerana kesalahan doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.

Hukuman penggantungan berkuat kuasa 30 Ogos tahun lepas berakhir pada hari ini, 30 April.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!