19 Mei 2015


Jinan: Semakin pendek skirt semakin murah bayaran yang dikenakan. Itulah dasar yang diamalkan sebuah restoran di Jinan untuk mengalakkan wanita cantik makan di restoran mereka.

Pelanggan wanita dikatakan layak mendapat diskaun sebanyak 90 peratus jika mereka memakai skirt pendek sehingga 33 sentimeter daripada lutut.

Bagi wanita yang berpakaian lebih konservatif yang hanya lapan sentimeter daripada lutut akan dikenakan potongan harga sebanyak 20 peratus saja, menurut laporan Sina News.

Strategi pemasaran berani itu kini dilihat menjadi trend di China.

Rata-rata pemilik kedai percaya strategi menggunakan wanita yang hampir tidak berpakaian menjadi satu-satunya cara untuk merancakkan perniagaan mereka.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!