5 Mei 2015


KITA sering didedahkan mengenai keindahan serta misteri Sungai Amazon yang terletak di Brazil. Bagaimanapun, jarang sekali kita dengar mengenai Sungai Kongo yang dikatakan sungai terdalam di dunia.

Sungai Kongo atau Congo River yang terletak di Afrika merupakan sungai yang paling dalam dan ke-9 terpanjang di dunia.

Kepanjangan sungai yang airnya berwarna hitam gelap ini diukur mencapai sehingga 4,700 kilometer secara keseluruhannya.

Manakala kedalaman sungai ini pula dikatakan mencecah sehingga 250 meter iaitu mengatasi Sungai Yangtze di China yang berkedalaman hanya 200 meter dan Sungai Danube di Eropah yang hanya mencapai 178 meter dalam.

Sejarah Sungai Kongo dipetik menerusi laman Wikipedia yang menyatakan bahawa sungai ini terbentuk sejak 1.5 juta hingga 2 juta tahun dahulu.

Terdapat lebih 700 spesies hidupan dalam air direkodkan di sepanjang sungai ini.

Spesies ikan yang paling merbahaya di sungai ini dikenali sebagai ikan harimau atau 'Tiger Fish' yang melahap daging sebagai makanan utamanya.

Ikan dari spesies karnivor ini dikatakan pernah menyerang dan membunuh seorang kanak-kanak Afrika yang didakwa bermain di tepi sungai tersebut.


Ikan lagenda yang turut digelar sebagai ‘Demon Fish’ ini boleh mencapai ukuran panjang sehingga lima meter manakala beratnya pula boleh mencecah sehingga 69 kilogram.

Ia ditakuti oleh seluruh masyarakat setempat, dianggap sebagai raja sungai, sekali gus mematahkan kebimbangan penduduk setempat terhadap ‘saudaranya’, ikan piranha yang turut mendiami sungai tersebut.

Di sebalik sejarah dan faktanya yang menakjubkan, Sungai Kongo dikatakan mencatat siri tragedi yang menakutkan.

Ratusan penduduk dikatakan terkorban dalam siri kemalangan bot dan feri yang rata-ratanya mencatatkan kematian tinggi di sungai tersebut.

Tragedi  terbaru dicatatkan pada Disember 2014 di mana kejadian feri tenggelam menyebabkan 30 penumpang feri maut sementara 105 yang lain terselamat.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!