20 Mei 2015


Meskipun aktor Sharnaaz Ahmad dan model, Anis Al Idrus dilihat tidak ubah seperti pasangan bercinta yang lain, namun pelakon Hidupku Solatku Matiku itu bertegas dia tetap tidak akan mengakui wanita itu kekasihnya kepada umum.

Namun Sharnaaz tidak menolak buat masa ini Anis adalah wanita yang kuat berada dibelakangnya dan menyokongnya serta lebih menyifatkan hubungan  mereka sebagai teman rapat.

"Saya tidak akan mengaku dia (Anis)  girlfriend saya tetapi apa yang boleh saya katakan dia memang kawan paling rapat saya buat masa ini.

"Namun saya gembira Anis banyak menolong dan menyokong apa jua yang saya lakukan.

"Cukuplah orang luar tahu itu sahaja. Saya tidak mahu kenyataan yang keluar dari mulut saya nanti akan memalukan keluarga saya.

"Saya bukan berhati-hati untuk berkata tetapi saya rasa saya kini lebih matang setelah apa yang berlaku kepada saya sebelum ini," katanya kepada murai.com.my

Sharnaaz  dan Anis ditemui selepas pelancaran produk minuman tambahan pelakon tersebut iaitu Biogenesis Collagen di Ruang, Shah Alam petang semalam.

Anis tampil sebagai pengacara serta pengguna setia Biogenesisi Collagen.

Sementara itu, Anis akui dia melihat sendiri perjalanan kewujudan produk terbaru Sharnaaz dan memberitahu dia antara orang terawal  yang tahu mengenai idea produk itu.

"Idea nak buat ni memang sepenuhnya dari Sharnaaz. Cuma pada awalnya dia ada minta pendapat saya sama ada produk makanan protein atau kolagen yang lebih mendapat sambutan dan saya memberi cadangan produk kolagen kerana lelaki dan perempuan sesuai mengambilnya.

"Saya akui memang bersama-samanya dalam proses menghasilkan produk ini sebagai teman rapatnya dan saya bangga dengannya,"beritahunya.

Biogenesis  Collagen itu bakal berada di pasaran dengan harga  RM150 sebotol (1kilogram).
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!