29 Mei 2015


Dundee: Seorang wanita yang mengadakan parti untuk sekumpulan rakannya kini gelisah selepas seorang tetamu menyedut abu mayat ibunya menerusi hidung.

Jacqui Tierney, 51, menabur sebahagian abu mayat ibunya, Hilda di tempat kegemaran mendiang selepas dia mati empat tahun lalu dan menyimpan sebahagian lagi di rumahnya.

Bagaimanapun, dia kini kecewa dan terkejut selepas seorang rakan memberitahu, ada rakan mereka menyedut abu mayat itu ketika parti berkenaan.

“Saya kecewa dan tidak mempercayai kejadian ini boleh berlaku di rumah saya.

“Dia mengambil abu itu di atas almari dan menyedutnya menerusi hidung. Ada rakan saya yang menyaksikan kejadian itu. Saya mulanya tidak percaya ada orang sanggup berbuat demikian.

“Bukan dia tidak tahu itu abu mayat kerana saya menyimpannya di dalam bekas abu mayat.

“Dia saja mahu menunjuk-nunjuk,” kata Jacqui.

Menurutnya, dia cuba mencari wanita terbabit selepas diberitahu mengenainya.

Bagaimanapun, wanita itu yang disyaki mabuk sudah meninggalkan parti itu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!