28 Mei 2015


Ini kisah keajaiban yang berlaku kepada seorang remaja lelaki di Milan, Itali yang terselamat walaupun berada di dalam air selama 42 minit.

Remaja yang namanya dirahsiakan itu, sebelum itu bermain bersama rakan-rakannya dan terjun dari jambatan kayu ke dalam sebuah tali air yang terletak di bandar Cuggiono, barat Milan.

Namun apabila dia gagal naik semula ke darat, rakan-rakannya menghubungi pihak berkuasa yang segera menggerakkan proses mencari.

Remaja lelaki berusia 14 tahun itu ditemui jam 5.32 petang, tepat 42 minit selepas dia terjun ke dalam tali air tersebut.

Dia dikejarkan ke hospital di mana doktor menggunakan prosedur Extracorporeal Membrane Oxygenation untuk menyelamatkannya. Prosedur ini melibatkan penggunaan paru-paru tiruan di luar badan untuk mengepam darah beroksigen.

Remaja berkenaan dibenarkan keluar dari hospital 10 hari kemudian. Namun kaki kanannya terpaksa dipotong kerana kerana masalah saluran darah.

Pengarah Jabatan Anestesia dan Pemulihan di Hospital San Raffaela, Dr.Alberto Zangrillo, memuji langkah kecemasan yang diambil petugas paramedik ketika di dalam ambulan menuju ke hospital.

"Ia peringkat paling penting dalam menentukan sama ada remaja itu boleh diselamatkan atau tidak," kata Dr.Zangrillo.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!