19 Mei 2015


Thailand akan menjual dua juta tan metrik beras daripada simpanan stoknya bagi tempoh dua bulan akan datang bagi mengurangkan tekanan bekalan dalam pasaran, kata Kementerian Perdagangan, hari ini. 

Thailand memiliki 16 juta tan metrik beras dalam simpanan stoknya.

Daripada jumlah simpanan stok, hanya lima juta tan metrik dianggap berkualiti baik, di mana dua juta akan dikeluarkan, kata Setiausaha Tetap Kementerian itu, Chutima Bunyapraphasara.

Baki 11 juta tan metrik yang dianggap berkualiti rendah, bergantung pada pemeriksaan sama ada ia masih sesuai untuk dimakan, katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar dan Pengurusan Beras di sini. 

Sebahagian daripada simpanan stok dalam rumah gudang kerajaan dibeli di bawah dasar harga jaminan bekas perdana menteri, Yingluck Shinawatra, yang kini menghadapi perbicaraan atas kecuaian berhubung skim subsidi beras. 

Thailand membelanjakan kira-kira 30 juta baht (100 baht = RM10.62) sehari untuk menguruskan simpanan stok. Jumlah nilai simpanan stok beras ialah 200 bilion baht.

Ketika ini Thailand mengeksport kira-kira 3.2 tan metrik beras dan menyasar mengeksport 10 juta tan beras termasuk eksport oleh sektor swasta.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!