13 Mei 2015

Wei yang kritikal di hospital

CHINA. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun nekad menyerang dan menikam bapanya di kepala menggunakan pisau untuk menyelamatkan ibu dan neneknya yang diserang oleh lelaki berkenaan.

Memetik laporan Sina, ibu dan nenek Xiao Wei mengalami kecederaan ringan manakala ayahnya, Wei berada dalam keadaan kritikal.

Kejadian tersebut berlaku selepas lelaki berkenaan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan bergaduh dengan ibunya, Li.

Punca pergaduhan pasangan tersebut kerana keengganan Wei menanggung segala perbelanjaan anak lelakinya itu selepas wanita itu akan berpindah keluar dari rumah mereka selepas bercerai.

Lelaki itu bertindak menyerang dan mengancam bekas isterinya itu dengan gunting dan turut mencederakan ibu mertuanya selepas cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut.

Kerana bimbang mengenai keselamatan ibu serta neneknya, Xiao Wei terus menggapai pisau dan menyerang serta menikam bapanya di kepala.

Kejadian itu disedari jiran mereka yang dikenali sebagai Zhang selepas kanak-kanak itu mengetuk pintu rumahnya dan meminta pertolongan.

Jirannya terus bergegas ke tempat kejadian dan melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!