1 Mei 2015


Melaka: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terpaksa menahan kesakitan hampir sejam selepas jarinya tersangkut tombol pintu, di Kampung Gangsa Durian Tunggal, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, disedari ibu kanak-kanak berkenaan selepas anaknya tidak berhenti menangis.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit bermain dalam rumahnya ketika ibunya berada di ruang lain di rumah terbabit.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Pegawai Bomba Kanan ll Asraf Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.29 pagi.

Katanya, sepasukan bomba dari Ayer Keroh dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Pasukan bomba mengambil masa kurang setengah jam untuk menanggalkan tombol berkenaan dari jari telunjuk kanan mangsa.

“Disebabkan kanak-kanak terbabit menangis kerana terlalu sakit, kami mendapatkan khidmat pasukan perubatan untuk menenangkan mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Asraf berkata, selepas berjaya mengeluarkan jari mangsa dari tombol pintu, mangsa dibawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk menjalani pemeriksaan lanjut kerana dibimbangi ada serpihan besi memasuki luka pada jarinya.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan susulan,” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!