14 Mei 2015


Sebuah rancangan TV di Kemboja telah mengeluarkan surat permohonan maaf secara terbuka selepas melakukan "prank" kejam  terhadap seorang artis berusia 13 tahun sempena Hari Ibu.

Difahamkan, gadis yang dikenali sebagai Autumn Allen itu telah ditipu seolah–olah dia akan bertemu kembali dengan ibunya yang hilang sejak tujuh tahun lalu.

Memetik laporan ITV, Autumn seorang penyanyi dan penulis lirik terkenal telah dijemput sebagai tetamu istimewa untuk rancangan khas Hari Ibu Penh Chet Ort ('Like it or Not').

Apabila pengacara TV itu berkata Autumn akan bertemu dengan ibunya, penyanyi itu kemudian menyatakan ia seperti impian menjadi kenyataan sambil menitiskan air mata.

Pengacara sebaliknya menampilkan seorang pelawak tempatan, Chuop Rolin  yang berlakon sebagai 'ibunya'.

Difahamkan, Autumn berjumpa dengan ibunya buat kali terakhir semasa dia berusia enam tahun sebelum meninggalkan Amerika Syarikat bersama ayahnya.

Kini, Autumn menetap di Kemboja bersama ayahnya dan ibunya dipercayai masih menetap di Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan sama, rakyat negara itu mula mencurahkan kemarahan mereka berikutan kejahilan rancangan itu.

Kebanyakan mereka berpandangan emosi seorang gadis telah dieksploitasi oleh pengacara rancangan itu.

Bagaimanapun, selepas rancangan itu, Autumn mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas sokongan mereka.

Penyanyi yang cantik itu juga telah berkongsi gambar surat permohonan maaf daripada rancangan TV tersebut.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!