7 Mei 2015


Vokalis kumpulan Slam, Zamani dan pembantu peribadinya didenda RM5500 oleh Mahkamah Majistret Ampang, setelah mereka mengubah pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan memiliki dan mengambil dadah di kediaman Zamani yang terletak di Taman Keramat, Januari lalu.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman telah menjatuhkan hukuman terhadap Zamani atau nama penuhnya, Zamani Ibrahim, 43, dan pembantu peribadinya, Nur Juliana Abdul Rani, 32 atas kesalahan tersebut. Mahkamah juga memerintahkan mereka dipenjarakan selama 18 bulan sekiranya kedua-dua mereka gagal untuk membayar denda.

Kedua-dua tertuduh juga turut diperintahkan menjalani pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun. Mengikut pertuduhan pindaan, penyanyi itu didakwa bersama-sama dengan pembantunya memiliki dadah jenis heroin dan morfin dengan berat bersih 0.6 gram.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!