25 Mei 2015


Baru- baru ni penyanyi Ziana Zain bersama pereka fesyennya Rizman Ruzaini ke selatan negara Perancis atau lebih tepat lagi di Cannes, untuk menghadiri Islamic Fashion Festival (IFF).

Menerusi laman sosial Instagram Rizman Ruzaini kelihatan Ziana Zain anggun memperagakan pakaian muslimah rekaannya.

Namun, disebalik foto-foto yang dikongsikan itu terdapat ramai pengikut dan peminat mereka di Instagram tidak senang dengan pakaian yang diperagakan penyanyi tersohor itu.

Pada mereka pakaian muslimah yang diperagakan itu terlalu  sendat dan tidak sesuai untuk wanita muslim berhijab seperti Ziana Zain.

Ziana mahu pun Rizman Ruzaini telah dikecam teruk oleh mereka di Instagram.

Pun begitu, Ziana dan Rizman Ruzaini mengambil langkah untuk berdiam diri dan tidak memberikan apa-apa respon terhadap komen yang diberikan itu.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!