4 Jun 2015


Sebuah hotel mewah yang bakal dibuka di Mekah bukan sahaja bertaraf hotel mewah tetapi bakal menjadi hotel terbesar di dunia.

Abraj Kudai bakal memiliki 10,000 buah bilik, 70 buah restoran dan empat buah pad helikopter. Hotel setinggi 45 tingkat itu juga akan mempunyai 12 menara yang terletak di atas podium 10 tingkat.

Hotel berkonsepkan 'kubu di tengah padang pasir' itu juga akan menempatkan sebuah stesen bas, medan selera, sebuah pusat beli-belah dan 'grand' ballroom mewah.

Abraj Kudai terletak sejauh 2.2km dari Masjidil Haram.

Bakal dibuka pada tahun 2017, projek pembinaan hotel mewah itu dibiayai oleh Kementerian Kewangan Arab Saudi dan rekaannya pula oleh Kumpulan Dar al-Handasah.

Kos pembinaannya dianggarkan mencecah AS$3.5 bilion.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!