16 Jun 2015


Kerajaan tidak menolak kemungkinan pembabitan 'orang dalam' susulan kehilangan kapal tangki minyak MT Orkim Harmony, pada malam Khamis lalu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ini berdasarkan laluan atau perjalanan dan barang dibawa kapal itu hanya diketahui oleh orang dalam. 

"Ini kerana perjalanan dan selok belok di mana kapal itu berada serta barang yang dibawa, tidak akan diperoleh dari orang luar tetapi memang daripada dalam. Ini berdasarkan pengalaman saya sebagai bekas Menteri Pertahanan. "Perkara ini (orang dalam) akan disiasat oleh polis," katanya dalam sidang media selepas mendengar taklimat Op Kinabalu di Restoran Liwagu, di sini, hari ini. 

Yang turut hadir ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!