12 Jun 2015


Erma Fatima didapati telah menghadiri ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi membenarkan permohonan pelakon itu, untuk mengeluarkan notis amaran terhadap Badaruddin Azmi yang gagal menghadirkan diri pada sebutan pertama kes perceraian mereka.

Keputusan itu dibuat selepas Badaruddin atau Bade, 51, gagal menghadirkan diri tanpa mengemukakan alasan kukuh kepada mahkamah, yang diputuskan oleh Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin.

Terdahulu, peguam syarie, Jamal Lokman Mohd Sulaiman yang mewakili Erma selaku plaintif kes berkenaan memberitahu mahkamah pihaknya telah menyerahkan notis saman kepada defendan pada 19 Mei lalu.

Kes berkenaan yang difailkan pada awal Mei lalu dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Bagaimanapun, usaha pihak media untuk mendapatkan komen selanjutnya gagal, selepas dia enggan menjawab sebarang soalan dan segera meninggalkan perkarangan mahkamah

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 47, yang hadir lengkap berjubah hitam dilihat tenang sepanjang prosiding berlangsung.

Erma sebelum ini pernah memberi kenyataan kepada media yang dia tiada masalah untuk hidup bermadu. Kes berkenaan akan disebut semula pada 10 Ogos depan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!