10 Jun 2015


China: Sekumpulan doktor di sebuah hospital di sini terkejut selepas mengeluarkan 420 batu karang dari buah pinggang seorang lelaki.

Pesakit itu yang dikenali sebagai He, 55, berjumpa dengan seorang doktor di Hospital Rakyat Dongyang pada bulan lalu kerana sakit perut yang teruk.

Selepas membuat imbasan X-ray, doktor terkejut apabila mendapati buah pinggang kiri lelaki itu dipenuhi batu karang.

Seorang doktor berkata, pesakit berkenaan menjalani pembedahan selama dua jam pada Jumaat lalu untuk mengeluarkan batu karang itu.

“Saya tidak pernah menemui pesakit yang mempunyai terlalu banyak batu karang di dalam buah pinggangnya.

“Produk dari kacang kedelai, khusunya tahu, mengandung kadar kalsium yang tinggi. Kalsium yang begitu banyak tidak bisa dicerna dan dikeluarkan tubuh tanpa air dalam jumlah cukup,” kata Dr Wei Yubin kepada harian the Qianjiang Evening Post.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!