5 Jun 2015


KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan pihaknya telah melancarkan satu siasatan rasmi untuk menyiasat jika masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sememangnya telah melanggar peraturan Bank Negara dan undang-undang.

"Ini melibatkan arahan undang-undang dikeluarkan untuk mendapatkan maklumat daripada entiti tersebut," jelas BNM dalam satu kenyataan media.

BNM juga menegaskan mereka akan turut mengambil kenyataan daripada individu yang terlibat dalam urusan mentadbir serta mendapatkan maklumat daripada pihak dalaman dan luaran yang berkaitan.

"Di samping itu, Bank Negara Malaysia telah mengemukakan maklumat yang diperoleh dari pihak berkuasa asing kepada agensi penyiasatan. Tindakan itu dilakukan selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa asing berkenaan," jelas kenyataan itu.

Selain itu, BNM turut menekankan bahawa pendedahan lanjut mengenai butiran siasatan boleh menjejaskan hasil siasatan," katanya.

Bank Negara turut menegaskan pihaknya sedang mengambil segala langkah yang perlu di bawah bidang kuasa perundangannya, termasuk bekerjasama dengan agensi lain, untuk menyumbang ke arah penyelesaian perkara ini dengan secepat mungkin.

Laporan akhbar dan ulasan yang meluas mengenai 1MDB telah menimbulkan persoalan sama ada Bank Negara Malaysia telah melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya.

Kredit gambar: The Malaysian Times
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!