30 Jun 2015


GEORGE TOWN – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan ayam di negara ini mencukupi menjelang musim perayaan Aidilfitri pada pertengahan Julai ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, adalah mustahil jika berlaku kekura­ngan bekalan ayam pada musim raya ini melainkan jika pihak pembekal sengaja mengurangkan bekalannya.

Menurut beliau, pengeluaran ayam dalam negara adalah sebanyak 125 peratus dan jumlah tersebut membolehkan negara mengeksport ayam ke beberapa negara seperti Singapura.

“Mungkin ada pembekal ayam sengaja mengurangkan bekalan ayam supaya harga ayam dinaikkan menjelang musim perayaan memandangkan permintaan terhadap daging ayam ketika itu tinggi.

“Jadi jika berlaku perbuatan sabotaj sebegitu kementerian yang terlibat perlu siasat.

“Kementerian saya hanya akan jaga bekalan ayam supaya mencukupi pada musim perayaan ini,” kata beliau pada sidang akhbar selepas melancarkan projek Pertanian Bandar di Pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang di sini semalam.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!