25 Jun 2015


Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shapie terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri di Penjara Kajang, Selangor selepas Mahkamah Rayuan memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam tahun atas tujuh kesalahan rasuah.

Hassan Basri, 61, yang sebelum ini digantung tugas sementara menunggu penghakiman kes itu me­rupakan hakim syarie pertama yang didakwa dan disabitkan atas tuduhan berkenaan.

Dia bernasib baik apabila panel tiga hakim Mahkamah Rayu­an diketuai oleh Datuk Wira Mohtarudin Baki mengurangkan hukuman penjara 10 tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh serta Mahkamah Tinggi yang mengekalkan hukuman.

Panel berkenaan sebulat suara mengurangkan tempoh pemenjaraan itu selepas membenarkan sebahagian rayuan bekas hakim syarie itu terhadap hukuman yang diputuskan sebelum ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!