22 Jun 2015


Aktres, Nabila Huda menegaskan beliau belum mempunyai tarikh untuk berkahwin, namun berharap agar kekasihnya itu menjadi lelaki terakhir dalam hidupnya. Wanita berusia 31 tahun yang mesra dengan sapaan Abil, menjelaskan beliau kini berada dalam zon selesa dengan teman lelakinya yang juga seorang pemilik restoran Kulcats itu. 

"Saya pasti semua sudah sedia maklum mengenai hubungan saya, cuma kalau boleh saya tak nak cakap sangat mengenai hal peribadi. Apa yang boleh saya katakan adalah kami kini berada dalam zon selesa dan sudah melepasi fasa mengenali hati budi masing-masing. "Saya berdoa agar dia menjadi orang terakhir dalam hidup saya. Keisha (anak Abil) pun begitu selesa dengan dia," ujar Abil kepada BH Online. 

Mengulas mengenai dirinya yang sering terpalit dengan pelbagai kontroversi, Abil enggan melatah dan memilih untuk memaafkan pihak yang sering mencari salahnya itu. Abil menjadi topik hangat di sosial media apabila sekeping gambar bersama dua orang lelaki yang dimuat naik olehnya dikecam oleh sesetengah pihak. "Saya tahu diri saya tidak sempurna. 

Seperti yang saya katakan, biarlah Tuhan yang menghakimi saya kerana hanya Dia yang layak menilai kita semua. Terima kasih atas keprihatinan sesetengah pihak terhadap saya. Malas hendak terlalu memikirkan perkara ini dan saya memilih untuk biarkan saja," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Abil berkata, beliau tidak menerima sebarang tawaran sempena Ramadan ini. Beliau menjelaskan, puasa kali ini lebih bermakna buatnya kerana tidak terikat dengan sebarang kerja. Langkah itu diambil berdasarkan pengalaman lalu yang mana beliau tidak teruja untuk beraya kerana terlalu penat bekerja sepanjang Ramadan

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!