IPOH – Dua beradik terpaksa hidup dalam ketakutan setiap hari apabila menerima ugutan bunuh daripada bekas rakan sekolah mereka sejak hampir sebulan lalu.
Go Ken Fai, 13 dan abangnya, Go Ken Chern, 15, yang bersekolah di Bercham dekat sini mula berdepan situasi itu selepas berlaku tragedi yang tidak disengajakan melibatkan adik perempuan kepada suspek pada Mei lalu.
Menurut Ken Fai, pada waktu itu, dia bersama beberapa lagi rakan sedang bergurau-senda di sekolah dan tangan seorang rakan lelakinya secara tidak sengaja telah tersentuh dada seorang pelajar perempuan yang juga rakan sekelas mereka.